Video - Masjid dibakar, Al Quran dilumur darah haid


Masjid dibakar, Al Quran dilumur darah haid

"Pihak masjid percaya perbuatan khianat ini dilakukan oleh sepasang suami isteri yang ketika itu memasuki masjid yang disaksikan salah seorang jemaah yang baru selesai solat" 

Tular satu video di media sosial pada hari ini memaparkan keadaan masjid yang dibakar serta Al Quran yang dikotorkan dengan lumuran darah haid wanita.

Pihak Masjid Magelang percaya perbuatan ini dilakukan oleh sepasang suami isteri kerana menurut saksi ada melihat pasangan lelaki dan perempuan yang menutup aurat memasuki masjid namun tidak mencurigai apa-apa kerana menyangka mungkin mereka mahu menunaikan solat atau menggunakan bilik air.

Tidak lama kemudian terdengar orang ramai menjerit melihat api di dalam ruangan masjid. Orang ramai bertindak pantas memadamkan kebakaran sebelum hangus kesemua isi dalam masjid tersebut.

Setelah selesai memadamkan api, pihak masjid serta orang awam mendapati beberapa naskah Al Quran telah dikoyak-koyak dan berlumuran darah haid wanita.

Kejadian itu mengundang kemarahan warganet dan meminta pihak berkuasa segera mencari pelaku hingga tertangkap. 




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE