VIDEO - Polis kaut 'duit kopi', saman pemandu lori punPolis kaut 'duit kopi', saman pemandu lori pun hangus, Bukit Aman sahkan video tular disiasat

Polis kaut 'duit kopi', saman pemandu lori punPolis kaut 'duit kopi', saman pemandu lori pun hangus, Bukit Aman sahkan video tular disiasat

PIHAK polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung rakaman tular anggota polis yang didakwa menerima wang suapan ketika menjalankan tugas. ...

Menerusi video berdurasi 41 saat itu, polis berkenaan terlebih dahulu memberikan surat saman kepada seorang pemandu lori atas faktor kesalahan lalu lintas

Namun, konflik mula tercetus sebaik anggota tersebut dilihat menerima sejumlah duit daripada pemilik kenderaan terbabit.

Perbuatan itu sempat dirakamkan oleh penumpang lori berkenaan dan ia sekali gus mengundang pelbagai spekulasi di laman media berhubung kejadian tersebut.

Mengulas lanjut mengenai isu itu, Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Asisten Komisioner A. Skandaguru mengesahkan perkara tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Polis maklum tentang kes tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

"Lokasi dan identiti anggota itu masih belum dikenal pasti namun segalanya akan terjawab dalam masa terdekat.

"Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan menerusi kenyataan media dan buat masa sekarang polis belum boleh mengulas lanjut berkenaan video tersebut," katanya

Difahamkan, rakaman itu merupakan kejadian lama dan telah dimuat naik pada Februari lepas namun, ia semakin tular kebelakangan ini dan hangat diperkatakan di laman Facebook.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE