Cincin tersangkut pada zakar atok, bomba bantu keluarkan


Cincin tersangkut pada zakar atok, bomba bantu keluarkan

"Difahamkan mangsa yang berusia 72 tahun itu datang sendiri ke hospital tersebut bagi meminta bantuan mengeluarkan cincin berkenaan."

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki warga emas terpaksa menahan kesakitan selama hampir 10 minit bagi mengeluarkan cincin yang tersekat di kemaluannya, di Hospital Kuala Kangsar ...

Difahamkan mangsa yang berusia 72 tahun itu datang sendiri ke hospital tersebut bagi meminta bantuan mengeluarkan cincin berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.41 malam.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki dipercayai tersangkut cincin di kemaluannya.

"Komander operasi kemudiannya mengarahkan anggota menggunakan pemotong cincin bagi memotong cincin tersebut.

"Kerja mengeluarkan cincin itu mengambil masa kira-kira hampir 10 minit," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Saiful Hanif Mahmad Ayub itu tamat pada jam 8.07 malam.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE