Kejohanan bola tampar: Video pemain kena tampar tular
SATU video memaparkan tindakan jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemainnya tular di laman media sosial.
...
Kejadian dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu.
Perlawanan penentuan tempat ketiga itu membabitkan pasukan Melaka menentang Johor di sebuah sekolah di Johor.
Dalam video yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan.
Kedua-dua pemain itu seperti tergamam namun tetap meneruskan permainan yang menyaksikan Melaka tewas kepada Johor.
Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Pekan Ramli menyifatkan tindakan jurulatih tersebut sebagai keterlaluan.
"Ia satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku terutama dalam kejohanan di peringkat sekolah.
"Menampar pemain depan pemain lain satu perkara yang memberikan kesan sangat negatif kepada pemain. Ini bukan budaya kita," katanya.
@liputan7official