VIDEO -2 Remaja culik,bvnuh budak 11 tahun untuk jual organ, suspek dakwa terliur dengan tawaran pembelian dan ingin jadi kaya

2 Remaja culik,bvnuh budak 11 tahun untuk jual organ, suspek dakwa terliur dengan tawaran pembelian dan ingin jadi kaya

"...Ketika memasukkan nombor akaun bank tiba-tiba talian terputus dan pembelian organ tersebut terbatal. Lebih malang lagi, Mangsa ketika itu sudah meninggal dunia akibat dicekik dan hentak kepala ke dinding..."

Berita tentang penculikkan dan pembunuhan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun oleh dua orang remaja berusia 14 dan 17 tahun demi mahu menjual organ mangsa itu tular di media sosial hari ini. Kedua-dua suspek...

berjaya ditahan pihak polis susulan usaha mencari mangsa yang pada awalnya dilaporkan hilang sejak beberapa hari sebelum ditemukan dalam keadaan meninggal dunia.

Menurut keterangan polis, pada awalnya mereka menerima laporan daripada keluarga mangsa mengenai kehilangan kanak-kanak itu setelah keluar dari rumah untuk ke kedai dan tidak pulang sama sekali. Kemudian pada akhirnya mangsa ditemukan dalam keadaan meninggal dunia membuatkan pihak polis percaya bahawa mangsa diculik dan dibunuh.







Menerusi rakaman CCTV kelihatan dua orang remaja memujuk mangsa untuk mengikuti mereka dan pada waktu itu kedua-dua remaja itu menjadi suspek utama dalam kes kematian kanak-kanak tersebut.



Kedua-dua suspek berjaya diberkas dan hasil soal siasat terbukti bahawa mereka berdua yang melakukan aksi penculikan dan pembunuhan kanak-kanak yang berusia 11 tahun itu untuk menjual organnya.

Menurut keterangan suspek, mereka melihat ada tawaran pembelian organ bernilai RM 200 Ribu membuatkan mereka terliur untuk menjadi kaya dalam masa yang singkat dan bertindak di luar batasan kemanusiaan terhadap mangsa.

Suspek yang berusia 17 tahun itu berkata, orang dari luar negara ingin membeli organ daripada mereka dan meminta mereka memberikan no akaun bank dan ketika memasukkan nombor akaun bank tiba-tiba hubungan mereka terputus dan pembelian tersebut terbatal. Lebih malang lagi, mangsa ketika itu telah meninggal dunia akibat dicekik dan hentak kepala ke dinding.

Memandangkan proses penjualan organ tidak jadi, suspek bertindak mengikat kaki tangan mangsa dan disumbat ke dalam beg plastik untuk dibuang ke dalam sungai.

Rata-rata warganet menzahirkan rasa marah kepada kedua-dua remaja itu atas tindakan kejam mereka membunuh mangsa yang tak berdosa.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE