VIDEO - 25 tahun lari dari rumah kerana takut sunat


Lelaki berusia 38 tahun akhirnya pulang ke rumah setelah 25 tahun lari dari rumah kerana takut disunat

Seorang lelaki berusia 38 tahun akhirnya pulang ke rumah ibunya setelah 25 tahun meninggalkan rumah kerana takut disunat. ...

Kepulangan lelaki ini disambut meriah oleh keluarga dan penduduk kampung setelah 25 tahun hilang tanpa khabar berita malah ibunya pengsan melihat kepulangan anaknya yang dijangka telah meninggal dunia.

Berita kejadian yang berlaku di Desa Sidowayah,Klaten itu telah tular ke media sosial sejak hari ini.

Menurut laporan, ketika usia lelaki itu masih dibangku sekolah, tiada sebarang tanda yang mencurigakan ketika ibubapanya memberitahunya untuk sunat dan dia hanya menganguk kepala sahaja sambil bermain mainan kereta.

Namun, pada hari berkhatan, lelaki tiba-tiba terketar-ketar dan menjerit tidak mahu sunat sebelum melarikan diri dari rumah sehingga ke hari ini baru pulang ke rumah ibubapanya setelah 25 tahun.

Keluarganya menyangka bahawa lelaki itu sudah meninggal dunia kerana tiada sebarang khabar berita tentangnya selama meninggalkan rumah. - Agensi


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE