VIDEO - Customer dikecam rekod dan tular video marah cashier


Pelanggan marah cashier sebab kaunter ditutup dikecam warganet

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang cashier wanita dimarahi oleh seorang pelanggan di sebuah pasar raya yang berang kerana kaunter bayaran telah ditutup....

Pelanggan tersebut mendakwa tidak berpuas hati kerana kaunter bayaran telah ditutup setelah lama beratur menunggu giliran dan persoalkan kenapa cashier tersebut tidak meletakkan tanda kaunter telah ditutup.

Ketegangan berlaku apabila cashier mula meninggikan sedikit suaranya membuatkan pelanggan tersebut bertambah marah dan mendakwa cashier tersebut kurang ajar.

Video tersebut telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai respond dalam kalangan warganet. Namun, rata-rata warganet mempertahankan cashier tersebut dan mendakwa pelanggan tersebut hati tisu, sepatutnya selesaikan hal tersebut tanpa perlu merakam dan menularkan video tersebut.

"Yang rakam ni hati tisu ke apa? Settle elok2 tak boleh ke"

"Kenapa perlu nak rekod bagai, nak buat konten ke apa"

"Kau tu laki, kau pulak yang terlebih emo mengalahkan perempuan kenapa"


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE