VIDEO - Luluh hati seorang ayah atas perbuatan anaknya



Luluh hati seorang ayah atas perbuatan anaknya

"Dato seperti ayah saya sendiri, dah berkali-kali dia buat papa menangis, jangan jadi anak derhaka!" - isteri pertama

Tahniah kepada pengarah filem tersohor negara atas perkahwinan keduanya bersama wanita jelita Ira Kazar yang berlangsung di Thailand beberapa hari yang lalu....


Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof itu berkata, pernikahan bersama wanita yang selama ini dikaitkan sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya bersama pelakon Puteri Sarah Liyana itu diwalikan oleh bapa kandung Ira, juga pelakon senior Kazar Saisi.

“Alhamdulillah, hari ini Ira Kazar telah sah menjadi isteri saya, sah di sisi syarak di sisi Tuhan,” dedah Syamsul dalam sebuah video Instagramnya.

Isteri pertamanya Puteri Sarah menzahirkan rasa kecewa apabila melihat ayah mertuanya Datuk Yusuf Haslam menitiskan air mata atas kejadian yang menimpa keluarganya.

"Dato Yusuf bukan sahaja ayah mertua saya malah seperti ayah kandung saya sendiri. Bukan sekali kau buat papa menangis tapi berkali-kali sampai hati kau. Jangan jadi anak derhaka lah!"

"Ketawalah sebelah sana, ketawa... 26 Januari ini Sarah nak ke Mekah nak doakan untuk papa dan mama, biar Sarah yang sakit jangan papa dan mama yang sakit" katanya



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE