VIDEO - Wanita maut dipukul,dibakar hidup-hidup akibat difitnah menculik kanak-kanak



Wanita maut dipukul,dibakar hidup-hidup akibat difitnah menculik kanak-kanak

"Mangsa hanya membantu kanak-kanak itu melintas jalan tapi dituduh penculik. Tanpa usul periksa penduduk memukulnya hingga rebah sebelum dibakar"

Seorang wanita maut apabila dipukul penduduk sebelum dibakar hingga rentung kerana dituduh... menculik kanak-kanak.

Kejadian dilaporkan berlaku di kompleks kokoda dalam sebuah kampung di daerah Papua itu dirakam dan telah tular di media sosial hingga membangkitkan kemarahan orang ramai.

Lebih menyedihkan lagi adalah wanita tersebut adalah mangsa kepada fitnah yang beredar di group-group whatsapp. Difahamkan sebelum kejadian, telah tular beberapa hebahan mengatakan bahawa terdapat kanak-kanak diculik dan dijual organ di daerah berkenaan.

Wanita itu dikatakan memimpin tangan seorang kanak-kanak untuk membantunya melintas jalan namun wanita itu dituduh sebagai penculik. Penduduk yang panik bertindak menangkap dan memukul wanita tersebut tanpa usul periksa.

Setelah lemah dipukul, sekumpulan pemuda bertindak menyiram minyak petrol dan membakar mangsa hingga maut tanpa sebarang pertolongan.

Walaupun ada kalangan yang telah cuba menghalan namun kebanyakkan mereka tetap bertindak kejam tanpa usul periksa.

Menurut sumber, wanita tersebut bukan penculik, dia hanya mahu membantu kanak-kanak itu melintas jalan.

Pengajaran di sini adalah, sekiranya terdapat kejadian yang mencurigakan sebaiknya serahkan kepada polis dan jangan main hukum sendiri apatah lagi bertindak tanpa usul periksa.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE