Anggota polis tikam perut,kelar leher sendiri kerana tertekan akibat kalah judi online



Anggota polis tikam perut,kelar leher sendiri kerana tertekan akibat kalah judi online

Seorang anggota polis cedera parah apabila cuba membunuh diri dengan menikam perut serta mengelar lehernya sendiri akibat ...tertekan setelah kalah judi online

Anggota berusia 22 tahun itu ditemui rakannya dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah sewa mereka.

Rakan membantunya ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan anggota tersebut mengalami kecederaan serius pada bahagian perut dan leher akibat daripada tusukan dengan objek tajam. Jika rakannya tidak bertindak segera kemungkinan anggota tersebut akan mati.

Hasil soal siasat mendapati anggota tersebut telah mengalami kerugian besar dalam permainan judi online dengan anggaran RM 9,000.

Akibat daripada itu, anggota tersebut mengalami tekanan perasaan yang melampau hingga mendorongnya untuk membunuh diri akibat kecewa.

Menurut rakannya, dia seorang yang pendiam dan tak banyak bergaul dengan orang ramai, biasanya suka duduk bersendirian namun tak pernah terduga bahawa dia akan melakukan hal yang tak sepatutnya. - Agensi

Lokasi Bhayangkara Makassar


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE