Suami minta isteri ‘jual diri’ RM1,000 sejam



3 tahun didera, suami minta isteri ‘jual diri’ RM1,000 sejam

“Bukan bermaruah sangat dah pun you (awak). You jual sajalah maruah you. You promote (promosi) dekat Instagram, satu jam RM1,000. Dapat duit, bagi kat I (saya). Apa susah?." kata suami

PETALING JAYA – “Hampir tiga tahun saya didera, cukup hina keluarga dan keturunan saya ya,” demikian luahan seorang wanita yang... mendakwa dirinya menjadi mangsa dera bekas suaminya.

Wanita itu menerusi perkongsian di Instagramnya berkata, selama menjalani kehidupan sebagai suami isteri, dia mendakwa dirinya dilayan dengan teruk dan kerap dibelasah oleh lelaki berkenaan tanpa belas kasihan sehingga timbul rasa trauma.

“Muka saya dipijak bertubi-tubi, dibelasah sampai hilang akal seminggu. Tetapi saya masih boleh bertahan. Tetapi jangan pernah kau pijak maruah keluarga dan keturunan saya.

“Dua kali saya bersalin seorang diri, pantang sendiri, rambut saya gugur pun kena marah. Uri anak tak ditanam, simpan dalam peti berminggu-minggu,” luahnya.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata tersebut, segala bahan bukti seperti gambar serta video disimpan, selain empat laporan polis telah dibuat berhubung tindakan kasar bekas suaminya itu.

Selain itu, wanita tersebut nekad mahu menuntut bekas suaminya tampil memohon maaf kepada dia dan keluarga.

“Macam mana saya perlu melutut jilat kaki dia dulu, macam itu saya nak dia minta maaf pada ibu dan keluarga saya,” katanya.

Pada masa sama, wanita itu berkongsi rakaman audio perbualannya bersama bekas suami yang meminta dia untuk ‘menjual diri’ semata-mata untuk membayar hutangnya.

“Bukan bermaruah sangat dah pun you (awak). You jual sajalah maruah you. You promote (promosi) dekat Instagram, satu jam RM1,000. Dapat duit, bagi kat I (saya). Apa susah?.

“I nak duit, susah ke nak bagi? You miskin eh? Boyfriend (kekasih) you pun miskin? Cakap dekat mak you, jangan mati cepat sangat. I nak kaya, I nak campak duit dekat muka dia,” minta lelaki tersebut ketika menghubungi bekas isterinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meminta pihak polis segera menahan lelaki tersebut dan berharap agar tindakan sewajarnya dikenakan kepadanya.

Ikuti channel telegram Liputan 7 untuk update berita semasa dalam dan luar negara!



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE