VIDEO - Isteri pecahkan kereta suami selepas kantoi mahu menikah satu lagi


Isteri pecahkan kereta suami selepas kantoi mahu menikah satu lagi

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang wanita memecahkan kereta suaminya dengan sebatang kayu kerana sakit hati selepas mengetahui... suaminya mempunyai perempuan simpanan.

Menurut sumber, isterinya sudah lama mengesyaki suaminya mempunyai wanita lain kerana suaminya sering pulang lewat ke rumah dan wang gaji sentiasa tidak cukup.

Selepas disiasat, terbukti suaminya mempunyai hubungan dengan seorang janda anak 1 dan suaminya mendakwa mereka tidak mempunyai hubungan istimewa dan niatnya hanya mahu membantu janda tersebut.

Namun temberangnya pecah apabila isterinya sempat menunjukkan bukti-bukti perbualan antara suaminya dan janda itu di whatsapp.

Akhirnya si suami mengakui hubungan mereka dan mahu menjadikan janda itu isteri keduanya.

Berang mendengar kata-kata suaminya, wanita itu bertindak mengambil sebatang kayu dan memecahkan kereta suaminya kerana terlalu sakit hati.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE