Dua beradik maut tercampak sebelum dilanggar lori

Dua beradik maut tercampak sebelum dilanggar lori

PONTIAN – Dua beradik terbunuh selepas motosikaldinaiki mereka terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 91.6 Jalan Johor Bahru – Batu Pahat dekat Tampok, Benut, di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, penunggang motosikal, Siti Al Adawiyah Alili, 27, dan Masitah Abdullah, 18, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, melibatkan tiga buah kenderaan iaitu dua dari arah Batu Pahat (kereta dan lori) manakala motosikal dari arah Pontian ke Batu Pahat.

“Hasil siasatan awal mendapati, kereta yang datang dari arah Batu Pahat cuba memotong lori yang berada di hadapannya, tiba-tiba datang motosikal dari arah Pontian ke Batu Pahat di laluan bertentangan.

“Motosikal tersebut dipercayai telah melanggar bahagian hadapan kereta tersebut menyebabkan penunggang dan pembonceng tercampak dan terkena bahagian hadapan lori tersebut,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Shofee berkata, akibat pelanggaran tersebut penunggang dan motosikal mendapat kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, bapa saudara kepada kedua-dua mangsa, Mohamad Hatman, 50, berkata, mereka berdua merupakan adik-beradik namun berlainan bapa.

Katanya, kedua-dua mereka tinggal di Rengit, Batu Pahat dipercayai baru lepas menjalani temuduga dan dalam perjalanan balik ke rumah ketika kejadian.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE