Pengarah Mentega Terbang terima ugutan bunuh, kereta disimbah cat dan asid



Pengarah Mentega Terbang terima ugutan bunuh, kereta disimbah cat dan asid, polis buka kertas siasatan

Kuala Lumpur: Kereta milik pengarah dan penulis skrip filem kontroversi Mentega Terbang dirosakkan dengan simbahan cat dan bahan asid serta ditinggalkan nota ugutan bunuh, hari ini.


Menerusi perkongsian gambar di Twitter @amerhadiazmi, kelihatan kereta jenis Proton Saga berwarna merah dan Toyota Vios berwarna putih dipenuhi kesan simbahan asid, cat berwarna merah dan hitam.


"Cat serta asid disimbah ke kereta pengarah dan pelakon Mentega Terbang oleh individu tidak dikenali. Turut ditinggalkan nota ugutan bunuh terhadap mereka dan keluarga.


"Nota ugutan bunuh turut disertakan yang bertulis 'Lu dengan family mesti mati' dan nota amaran 'Mentega Terbang jangan cabar agama Islam'. katanya dalam ciapan di Twitter itu.


Peguam kepada kedua-dua mangsa, Zaid Malek berkata, anak guamnya membuat laporan polis berhubung perkara itu, pagi tadi.


"Mereka memberitahu kejadian disedari pagi tadi ketika hendak keluar dari rumah. Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya dan Kajang.


"Persoalannya sekarang bagaimana orang awam mengetahui yang mana satu kenderaan mangsa dan di mana rumah mereka, perkara ini perlu diulas oleh pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi hari ini.


Menurut Zaid, keselamatan anak guamnya turut terancam selepas menerima ugutan mesej selepas memberi keterangan pada pihak polis.


"Kami harap perlindungan sewajarnya dapat diberikan kepada mereka kerana suasana di negara juga sedang 'hangat' disebabkan golongan tertentu memainkan isu ini," katanya.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE