Ragam Bazar Ramadhan : Pembeli kena caj RM 3 sebab minta kurangkan ais.
"Harga air RM 5 + RM 3(caj kurang ais) "
Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang pembeli mengeluh air yang dibelinya dicaj RM 3 gara-gara lelaki itu minta dikurangkan ais dalam minuman.
Air strawberry tersebut didakwa dijual pada harga RM 5 dan lelaki itu meminta penjual supaya kurangkan ais. Lepas hendak membuat pembayaran, lelaki itu terkejut apabila peniaga tersebut cakap semua sekali RM 8.
Lelaki itu mempersoalkan harga air tersebut sedangkan harga yang dipaparkan di situ RM 5 kenapa jadi RM 8. Penjual menjelaskan bahawa RM 3 dicaj kerana lelaki itu minta kurangkan ais.
@liputan7official