Heboh di media sosial hari ini mengenai satu berita penemuan mayat wanita dalam keadaan menyayat hati di dalam bilik mandi hotel apabila tubuh badannya dicincang dan perut terburai.
Pada awal kejadian, pekerja hotel mendakwa bilik itu disewa untuk 3 hari oleh sepasang pasangan tersebut namun pekerja itu sedar lelaki tersebut telah keluar dari hotel sejak hari pertama namun tidak mencurigai apa-apa.
Setelah hari ketiga ketika pekerja hotel hendak meminta penghuni bilik tersebut untuk keluar dengan mengendor pintu bilik namun tiada respon. Pekerja itu terpaksa membuka pintu bilik dengan kunci pendua kerana tiada jawapan sama sekali daripada penghuni.
Setelah pintu bilik dibuka, pekerja dapati bilik dalam keadaan agak bersepah dan pintu bilik mandi dalam keadaan tertutup. Pekerja itu perlahan-lahan mengetuk pintu dan bertanyakan jika ada seseorang dalam bilik namun tiada respon juga.
Pekerja tersebut bertindak menendang pintu bilik mandi hingga terbuka dan mendapati satu mayat wanita dalam keadaan dicincang serta perut terburai dan berbau busuk.
Pekerja hotel segera menghubungi pihak polis sebaik melihat mayat wanita itu. Tidak lama kemudian pihak polis sampai ke lokasi kejadian dan keterangan daripada pihak hotel telah diambil.
Lelaki tersebut masih diburu polis hingga kini.
@liputan7official