Anwar bijak dalam usaha menangani kos sara hidup rakyat

Anwar bijak dalam usaha menangani kos sara hidup rakyat

PUTRAJAYA - Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) menawarkan satu juta tan metrik simen pukal (bulk cement) pada harga RM290 setiap tan metrik di bawah Inisiatif Skim Simen Rahmah untuk pemaju perumahan swasta mampu milik, berbanding harga pasaran RM410.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam kenyataan pada Selasa berkata, penurunan sebanyak RM120 setiap tan metrik itu bersamaan insentif 29.3 peratus daripada pembekal simen.


Beliau berkata, nilai satu juta tan metrik simen itu akan ditukarkan kepada 20 juta kampit simen standard dengan berat 50 kilogram.

"Pada masa ini, nilai harga kampit simen di pasaran adalah RM22.50 sekampit dan akan diturunkan kepada RM17.50 sekampit iaitu penurunan sebanyak 22.2 peratus sekampit atau bersamaan RM5 sekampit," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sempena Perayaan Aidilfitri 2023 hari ini berkata harga simen pada kadar berpatutan akan ditawarkan kepada pemaju rumah mampu milik yang membangunkan kategori rumah berharga RM300,000 ke bawah.

Kor Ming berkata, 20 juta kampit simen itu akan dibekalkan kepada pemaju perumahan swasta mampu milik secara berperingkat pada harga yang telah diberikan insentif oleh pengeluar dan pembekal simen selama maksimum empat tahun mengikut tempoh pembinaan pemajuan berkenaan iaitu sehingga 30 Jun 2028.

Beliau berkata, rakyat akan memperolehi manfaat pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah.

"Contohnya untuk harga rumah asal bernilai RM300,000 dan pengurangan sebanyak RM5,000 atau 2.38 peratus menjadikan harga jualan baharu sebanyak RM295,000. Inisiatif ini sekali gus akan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat dalam komitmen pembiayaan perumahan," katanya.

Beliau berkata, 20 juta kampit simen itu mencukupi untuk pembinaan rumah mampu milik sehingga 24,000 unit rumah. - Bernama.





@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE