Identiti mayat ibu melahirkan anak di ladang tebu dikenalpasti

your-image-description

Identiti mayat ibu melahirkan anak di ladang tebu dikenalpasti

Identiti mayat ibu melahirkan anak di ladang tebu dikenalpasti, mangsa maut dibvunuh suami sendiri

"Bayi tersebut terberanak sendiri akibat daripada kekejangan otot si ibu..."

Beberapa hari yang lalu, media ada melaporkan satu penemuan mayat seorang wanita yang telah membusuk dalam keadaan melahirkan anak dengan wajah yang sudah kembung hingga menyukarkan proses pengecaman mayat.

Hari ini pihak polis mengeluarkan satu laporan mengenai pembongkaran identiti mangsa sekaligus merungkai kes yang sebenar, kes tersebut merupakan kes bunuh yang dilakukan oleh suaminya sendiri dan mencampakkan mayat isterinya yang sarat mengandung ke ladang tebu.

Kes bermula pada 26/03/2023 pada jam 6;30 petang ketika si suami yang bernama Bisri Mustofa(29 tahun) menjemput isterinya yang ketika itu sedang sarat mengandung bernama Retno Wulandari berusia 28 tahun di rumah sewa mereka di sebuah kampung tulungrejo menaiki motorsikal untuk menemui seseorang.

Namun ketika perjalanan kedua pasangan suami isteri ini bertengkar kerana si suami menuduh isterinya melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki lain membuatkan si isteri berang dan memaki hamun si suami.

Si suami bertindak mengoncangkan motornya hingga si isteri terjatuh daripada motorsikal mengakibatkan kepala si isteri cedera parah dan tidak sedarkan diri. Tidak cukup dengan menjatuhkan isterinya dari motor, si suami tergamak melanggar isterinya yang sedang sarat mengandung hingga maut.

Pada jam 9 malam, si suami membawa mayat isterinya ke kawasan yang tinggi dan mencampakkan isterinya dari tepi jalan hingga terguling jatuh ke ladang tebu.

Mayat bayi yang ditemui bersama ibunya itu adalah kerana si ibu mengalami kekejangan otot sehingga bayi tersebut terlahir sendiri dan meninggal dunia bersama ibunya.

Difahamkan kedua pasangan suami isteri ini sudah 5 bulan terputus hubungan ranjang dan selama 5 bulan tersebut si isteri telah meninggalkan rumah mertuanya dan menyewa rumah di kampung tulungrejo. Suspek walaubagaimanapun telah berjaya ditahan pihak polis dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun. - Agensi



your-image-description

Foto mangsa bersama suami



your-image-description

Foto terakhir mangsa


Baca Artikel Sebelumnya :

Penemuan mayat ibu sedang melahirkan anak di ladang tebu

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE