Kerjasama antara DAP-BN untuk kestabilan politik, ini yang rakyat mahu - Anthony Loke


Kerjasama antara DAP-BN untuk kestabilan politik, ini yang rakyat mahu - Anthony Loke


Seremban: Kerjasama antara DAP dengan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan adalah untuk kestabilan politik dan bukannya untuk kepentingan politik kepartian.


Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata kerjasama itu dibuat atas semangat Kerajaan Perpaduan dan ia bukan kelebihan untuk meraih undi terutama kaum Melayu khususnya menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.


"Kita melihat kerjasama ini (PH-BN) sebagai semangat Kerajaan Perpaduan, bukan melihat dari segi kelebihan meraih undi.


"Apa yang dicapai pada hari ini adalah suatu muafakat dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan melalui kerjasama politik antara Pakatan Harapan (PH) dengan BN selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu.



"Gabungan-gabungan utama perlu bekerjasama bagi mewujudkan keadaan politik yang stabil atas nasihat Yang di-Pertuan Agong, jadi kita melihat kerjasama ini bukan dari sudut keuntungan politik tetapi lebih kepada kestabilan politik," katanya selepas Majlis Penyampaian Bantuan Aidilfitri Kepada Masjid, Surau dan Asnaf di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), di sini, hari ini.


Beliau mengulas mengenai kenyataan pemimpin tertentu terutama Perikatan Nasional (PN) bahawa kaum Melayu tidak setuju kerjasama antara PH dan BN dan mendakwa mereka akan menolak gabungan itu pada PRN di enam negeri tidak lama lagi.


Mengulas lanjut, Loke yang juga Menteri Pengangkutan dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, berkata pendirian pemimpin PN mengenai perkara berkenaan adalah perkara biasa dalam politik.


"Mereka (PN) tidak mahu lihat kita baik dan kuat kerana keadaan itu akan menyekat peluang mereka dan sebab itu pihak lawan akan cuba memecahkan kerjasama kita.


"Perkara sebegini sememangnya sudah dijangkakan, malah jika kerjasama ini berpanjangan akan merugikan mereka (PN) kerana tidak dapat menawan kerajaan pada hari ini.


"Oleh itu, pihak lawan akan cuba menjatuhkan kerajaan pada hari ini dengan cara meretakkan hubungan antara PH dengan BN," katanya.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE