VIDEO - Pelanggan mengamuk sebab lemang yang dibeli didakwa tak masak, mentah

Pelanggan mengamuk sebab lemang yang dibeli didakwa tak masak, mentah

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang pelanggan bertengkar dengan peniaga lemang kerana lemang yang dibeli tidak masak.

Lelaki tersebut mengembalikan lemang yang dibeli kepada peniaga dengan keadaan marah dan kecewa bertindak agresif terhadap peniaga sambil merakam video untuk menularkannya di media sosial.

Peniaga tersebut bertegas dengan pendiriannya bahawa lemangnya sudah masak dan cuba menunjukkan bukti namun dihempas lemang oleh pelanggan tersebut membuatkan peniaga lemang turut hilang sabar.

Video tersebut telah tular sejak semalam di media sosial dan mendapat pelbagai respon dalam kalangan warganet.

"Kalau tak masak ke apa kembalikan dan minta refund je tak perlu nak emo macam tu"

"Sesama bangsa pun mau gaduh ke, tambah malam raya pulak"

"Lemang je pun nak gaduh2 macam tu, minta refund settle la"

"Kalau lemang tak masak lain kali tak payah beli dekat situ"




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE