Ramai kecewa tak dapat tol percuma seperti yang diharapkan, jalan sesak teruk


Ramai kecewa tak dapat tol percuma seperti yang diharapkan, jalan sesak teruk




PETALING JAYA – Pengguna media sosial berkongsi kisah lucu apabila terlepas menikmati bayaran tol percuma yang berakhir pada malam tadi seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini.

Menerusi cerita yang dikongsikan, mereka dalam perjalanan untuk pulang ke rumah masing-masing selepas bercuti Hari Raya Aidilfitri serta berusaha untuk keluar dari plaza tol mengikut tempoh masa bayaran percuma yang telah diumumkan.

Seorang pengguna media sosial TikTok, AleppKahau memuat naik video memberitahu, dia terlepas untuk menikmati bayaran tol percuma malam tadi selepas hanya berjaya keluar dari plaza tol pukul 12.01 tengah malam.

“Bila tol percuma 24 April, tapi kau keluar pukul 12.01 tengah malam 25 April. Dari Alor Setar ke Seremban pula tu,” katanya seolah-olah kecewa.

Muat naik video tersebut mendapat maklum balas pelbagai daripada pengguna yang menceritakan pengalaman sama apabila tidak sempat menikmati bayaran percuma tol tersebut.

“Pukul 12 tengah malam patutnya lepas dah tol, tapi sebab kereta depan kena undur, terpaksa pindah lorong. Pukul 12.01 baru keluar, kena caj RM25,” kata AAAnnoyed berkongsi kisah sedih.

“Bang samalah, sesak gila mana nak dapat tol percuma, tak sempat,” komen lynda.

“Sebab jalan sesak, kalau tak, sempat kan. Kami keluar Sungkai sampai Puchong bayar RM13. Bolehlah, sesak punya pasal, tol pun tak jadi nak dapat percuma,” ujar shopwithila.

“Samalah, sikit saja lagi nak sampai dah. Orang depan boleh pula brek, pukul 12.01 tengah malam dah,” kata zuhaniff.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE