Tergamak rogol nenek lumpuh

Nenek lumpuh berusia 77 tahun cedera selepas dirogol lelaki berusia 40-an

Seorang lelaki ditahan semalam selepas didakwa merogol wanita lumpuh berusia 77 tahun di pusat jagaan swasta di Nagpur di Maharashtra, India.

Dia yang dikenal pasti sebagai Deepak Thakre, 40, didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu ketika menemani mangsa yang tinggal sendirian di bilik jagaannya.

Sebelum itu, Deepak ke pusat jagaan berkenaan untuk berjumpa dengan rakannya yang juga anak angkat warga emas terbabit.

Ketika rakannya keluar untuk mengambil ubat, suspek menawarkan diri untuk menemani mangsa yang hanya terbaring di atas katil.

Menurut laporan Hindustan Times, perbuatan lelaki itu terbongkar selepas jururawat memasuki bilik berkenaan dan melihat Deepak melakukan serangan seksual ke atas mangsa yang tidak sedarkan diri.

Jururawat membunyikan loceng amaran dan kakitangan pusat jagaan sempat menahan suspek dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Polis Dhantoli membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan India.

"Mangsa diberikan rawatan segera dan bantuan psikologi," kata inspektor polis Dhantoli, Pravawati Ekurkey.

Warga emas itu yang juga pesara kerajaan menderita serangan lumpuh tiga hari lalu

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE