VIDEO - Bomoh tarik duit bvnuh lebih 11 orang pelanggan, semua wang pelanggan dirampasnya

Bomoh tarik duit bvnuh lebih 11 orang pelanggan, semua wang pelanggan dirampasnya

"Pelanggan dikehendaki membawa sejumlah wang (RM 27,000) dan tinggalkan di rumah bomoh untuk digandakan menjadi RM 200,000."


Berita tergempar di media sosial hari ini mengenai kes pembunuhan yang melibatkan bomoh tarik duit yang bernama pak selamat berusia 45 tahun.

Pembunuhan itu terungkap apabila seorang pelanggan berusia 53 tahun mendatangi bomoh pak selamat untuk mengandakan duit daripada RM 27,000 kepada RM 200,000. Namun, mangsa ketika itu sempat memberi pesan melalui whatsapp kepada anaknya jika tiada khabar tentangnya, cepat laporkan kepada polis.

Setelah lebih 24 jam tiada khabar daripada ayahnya, anak mangsa bertindak membuat laporan polis mengenai ayahnya yang pergi berjumpa bomoh tarik duit di sebuah kampung di Banjarnegara kerana sejak pesannan whatsapp itu diterima tiada lagi khabar berita dari ayahnya.

Pihak polis bergegas ke rumah bomoh pak selamat untuk menyiasat. Hasil siasatan pihak polis serta penyelidikan di kawasan perumahan bomoh tersebut, terbongkar segala rahsia jenayaj yang disembunyikan bomoh tarik duit ini.

Di belakang rumahnya, terdapat 12 mayat yang ditanam dan kesemua mayat-mayat itu merupakan pelanggannya sendiri termasuklah mayat mangsa yang mengirim pesan whatsapp kepada anaknya.


Kesemua pelanggan yang datang kepada bomoh itu adalah bertujuan untuk menggandakan duit. Pelanggan dikehendaki membawa sejumlah wang seperti RM 27,000 cash harus ditinggalkan di rumah bomoh dengan harapan duit tersebut boleh berganda menjadi RM 200,000. 


Setelah ditinggalkan wang untuk digandakan, bomoh bertindak membunuh pelanggannya dan kesemua wang itu diambil.

Menurut keterangan polis, mereka percaya masih banyak lagi mayat-mayat pelanggan yang lain yang belum diketemui.






@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE