Sekolah terbakar, lebih 100 pelajar terpaksa terjun dari tingkat 1 untuk selamatkan diri
132 pelajar dilaporkan cedera dalam satu insiden kebakaran di sebuah sekolah Kolwezi.
Keadaan bertukar panik apabila api semakin marak membuatkan lebih 100 pelajar bertindak terjun dari tingkat 1 untuk menyelamatkan diri.
Kesemua pelajar yang cedera dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan tiada kehilangan jiwa dilaporkan.
Kebakaran bangunan sekolah berpunca daripada litar pintas dan api marak dengan cepat kerana terdapat banyak objek mudah terbakar di lokasi tersebut.
Pihak bomba berjaya mengawal dan memadam kebakaran tersebut.
@liputan7official