Suami(penganggur) pukul isteri depan anak dan ibu mertua, berang minta wang ibu mertua tak kasi
"Lelaki itu dah lama tak kerja, hanya meminta wang daripada ibu mertuanya sahaja"
Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang suami bertindak agresif dengan memukul isterinya di hadapan anak-anak serta ibu mertuanya.
Pada awal kejadian, si suami mendatangi rumah ibu mertuanya untuk bertemu dengan isterinya untuk meminta wang namun isterinya tidak mempunyai wang. Lalu si suami minta wang kepada ibu mertuanya namun tidak dikasi membuatkan si suami berang dan mengamuk.
Si suami bertindak agresif dengan memukul isterinya dan cuba memukulnya dengan kayu.
Menurut laporan daripada keluarga mangsa, si suami sudah lama tidak bekerja dan hanya semata-mata mengharapkan wang daripada mertuanya sahaja.
Kesempitan wang membuatkan isteri dan anak-anaknya tinggal di rumah mertuanya manakala si suami sibuk dengan kehidupannya yang suka berfoya-foya dengan rakan-rakan hingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa.
Si isteri bersama ibunya membuat laporan polis atas tindakan suaminya yang keterlaluan hingga mengancam keselamatan.
Kredit : Telegram Liputan7Plus
@liputan7official