VIDEO - Wargaemas jalan kaki sepanjang highway ke rumah anak, rindu beraya bersama cucu

Wargaemas jalan kaki sepanjang highway ke rumah anak, rindu beraya bersama cucu

TULAR video mengenai pasangan warga emas sedang berjalan kaki di tepi lebuh raya semata-mata untuk berjumpa dengan cucu.

Kehadiran mereka dikesan anggota polis, dalam satu kejadian di lebuhraya Cisumdawu, di Jawa Barat, Indonesia, pada Rabu.

Video tersebut dikongsi di akaun telegram liputan7

Selepas disoal polis, pasangan warga emas itu mengaku hedak ke Rancakalong untuk bertemu dengan anak dan cucu mereka.

Menerusi keterangan video, mereka meluahkan kerinduan terhadap cucu dan sanggup berjalan kaki dari rumah di Jatihurip, Sumedang Utara.

Pasangan itu memilih berjalan kaki di tepi lebuh raya kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar tambang.

Polis Sumedang mengarahkan kedua-duanya berehat dan kemudian membawa mereka ke hentian pengangkutan awam.

Menurut kenyataan pasangan itu lagi, mereka sebenarnya telah berkumpul sekkeluarga.

"Difahamkan, kedua-dua warga emas itu mengalami hilang ingatan," tulisnya.

Malah, keluarganya juga telah menziarah pasangan itu pada Hari Raya, baru-baru ini.

@liputan_7 Wargaemas jalan kaki sepanjang highway ke rumah anak, rindu beraya bersama cucu #ibubapa #cucu #highway ♬ Sad background music of piano and strings - Rinotzr
Namun beberapa hari kemudian, kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk ke rumah anak dan cucu di Rancakalong







@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE