Cabul, seks luar tabii dan dera pelajar, pengasas dan warden pusat tahfiz direman


Cabul, seks luar tabii dan dera pelajar, pengasas dan warden pusat tahfiz direman

"3 lagi dipukul dengan cara ditampar, ditumbuk, dipijak serta disebat dengan rotan oleh suspek kedua yang juga warden hanya kerana lambat menyiapkan tugasan termasuk membersihkan ruang tahfiz."

Melaka: Pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor Gajah direman empat hari berhubung kes jenayah cabul, seks luar tabii dan mendera enam pelajar.

Perintah reman sehingga 16 Mei ini dikeluarkan Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin selepas dipohon polis berdasarkan peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Terdahulu, kedua-dua suspek warga Singapura berusia 40 dan 36 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada jam 9.35 pagi dan sempat menunjukkan isyarat 'OK' kepada media ketika diiringi anggota polis memasuki bilik reman.

Sementara tiga lagi dipukul dengan cara ditampar, ditumbuk, dipijak serta disebat dengan rotan oleh suspek kedua yang juga warden hanya kerana lambat menyiapkan tugasan termasuk membersihkan ruang tahfiz.

Semua kejadian itu dilaporkan berlaku di pusat bimbingan tahfiz di Tanjung Minyak dan juga Alor Gajah serta sebuah kondominium di Klebang, Melaka.

Mengikut laporan, tiga mangsa mendakwa didera secara seksual iaitu dicium dan dicabul suspek pertama berusia 40 tahun.





@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE