Kepala bayi terputus semasa bersalin, doktor didakwa cuai

Kepala bayi terputus semasa bersalin, doktor didakwa cuai

"Tindakan doktor berkenaan yang didakwanya "memanjat perut dan menarik kepala bayinya" telah menyebabkan kepala anak perempuannya itu tercabut." 

Sepasang suami isteri mendakwa kecuaian doktor telah menyebabkan kepala bayi perempuan mereka terputus dari badannya semasa dilahirkan pada 1 Mei.

Menurut laporan New York Post, usia kandungan si ibu, Ranielly Coelho Santos, 34, masuk minggu ke-28 apabila dia dibawa ke Hospital das Clinicas da UFMG di Belo Horizonte pada hujung April akibat tekanan darah tinggi.


Proses kelahiran bayi terpaksa dipercepatkan pada 1 Mei dan kejadian ngeri di dewan bedah itu disaksikan sendiri suaminya, Victor da Silva.

Menurut da Silva, ketika kejadian, doktor berkenaan memberi tekanan pada perut isterinya untuk mengeluarkan bayi dengan cepat.

Sejurus sebelum insiden tragik itu, si bapa mendakwa melihat bayinya menggerakkan mata dan mulut.

Namun tindakan doktor berkenaan yang didakwanya "memanjat perut dan menarik kepala bayinya" telah menyebabkan kepala anak perempuannya itu tercabut.

Keluarga mangsa turut mendakwa pihak hospital cuba memaksa mereka menandatangani dokumen untuk menutup kejadian malang itu.

Difahamkan doktor terlibat kini disiasat susulan laporan yang dibuat ibu mangsa.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE