Pekerja bvnuh, potong anggota badan dan simen majikan yang didakwa selalu menghina dan memukulnya


Pekerja bvnuh, potong anggota badan dan simen majikan yang didakwa selalu menghina dan memukulnya

"Saya tak menyesal, saya puas hati...kerana selama ini saya sakit hati" - suspek

Seorang pekerja bertindak kejam dengan membunuh majikannya sendiri kerana sakit hati diperlakukan seperti binatang. 

Suspek bernama Muhammad Huse n(28 tahun) membunuh majikan bernama Irwan Hutagalung(53) sebelum anggota tubuh mangsa dipotong kepada beberapa bahagian dan disimen. 


Menurut keterangan suspek, suspek tidak menyesal dengan perbuatanya dan berpuas hati kerana selama ini majikannya memperlakukannya seperti haiwan. Majikannya sering memaki hamun, menampar kepala dan menendangnya. 

Hingga satu tahap suspek telah hilang kesabaran dan bertindak di luar batasan. Menurut kata orang ramai, Husen memang dikenali sebagai orang yang baik dan tidak menyakitkan hati orang.

Orang-orang yang mengenali Husen terkejut apabila mendapat perkhabaran bahawa Husen tergamak melakukan pembunuhan sekejam itu.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE