Pencuri ditahan larikan 80kg durian


Pencuri ditahan larikan 80kg durian

KLUANG - Seorang peniaga durian di Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini berputih mata selepas durian seberat 80 kilogram (kg) berharga RM2,500 dilarikan seorang lelaki tanpa membayarnya selepas rundingan harga dilakukan, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek berusia lingkungan 40-an itu berjaya ditahan bersama kenderaan pacuan empat roda dengan muatan durian yang dicuri itu di jalan Taman Desa Baiduri, Kulai, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad.


"Peniaga berusia 38 tahun itu menyatakan suspek datang ke gerai sebelum membuat tawaran untuk membeli semua buah durian yang dijual digerainya pada kira-kira jam 5.30 petang, Jumaat.

"Selepas membuat rundingan dengan pemilik sebenar gerai, jualan dipersetujui dan proses dilakukan menimbang semua buah sebelum dimuat naik atas kenderaan pikap yang digunakan suspek," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Bagaimanapun, selepas semua proses hampir selesai dan jumlah jualan bernilai RM2,500 dinyatakan, suspek terus masuk dalam kenderaan dan meninggalkan pengadu tanpa membuat sebarang bayaran.

Tambahnya lagi, hasil semakan mendapati suspek mempunyai 10 rekod kesalahan lampau iaitu empat berkaitan jenayah dan enam dadah.

"Siasatan masih diteruskan dan suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE