Kanak-kanak(6 tahun) pandu kereta bapa pergi kedai terlibat kemalangan
"Kami ingatkan pemandu mabuk, rupanya budak kecik" - saksi
LANGKAWI - Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun terlibat dalam satu kemalangan kendiri apabila kereta yang dipandunya terbabas.
Walaubagaimanapun kanak-kanak itu dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan kerana kereta yang dipandunya perlahan.
Menurut kanak-kanak itu, dia pandu kereta bapanya untuk pergi ke kedai sahaja sebelum hilang kawalan dan terbabas.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu pada awalnya menjangkakan pemandu sedang mabuk kerana cara pemanduannya tidak stabil.
Apabila diperiksa, orang ramai terkejut melihat seorang kanak-kanak yang berusia 6 tahun pandu kereta jenis Toyota Vios dan segera menghubungi pihak polis.
Video tersebut dikongsikan dalam telegram Liputan7 dan mendapat pelbagai respon dalam kalangan warganet
@liputan7official