VIDEO - Maduku nenek... Suami curang dan nikah dengan nenek, isteri bingung dengan 'taste' suaminya


Suami curang dan nikah dengan nenek, isteri bingung dengan 'taste' suaminya

"Saya rasa kecewa setelah mendapat tahu bahawa suami saya curang dan menikah satu lagi. Tapi yang tak habis pikir tu, macam mana suami ada selera dengan nenek tu" luah si isteri

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang wanita meluahkan perasaan sedih campur aneh setelah suaminya menikah dengan isteri baru yang sebaya dengan neneknya yang berusia 70-an.

Wanita itu mendakwa mereka telah menikah lebih 16 tahun dan hidup bahagia serta jarang bertengkar. Lagi pula suaminya jenis yang tak banyak bercakap dan bergaul dengan orang.

Namun, beberapa hari lalu semuanya terbongkar apabila isterinya mendapati suaminya curang dengan perempuan lain menerusi perbualan telefon dengan panggilan 'sayang'.

Si isteri terus mendesak suaminya supaya berterus terang kepadanya ketika itu hatinya sudah hancur mendapati suaminya curang.

Akhirnya suaminya mengaku mempunyai wanita lain dan sudahpun menikah tanpa pengetahuannya. Namun, apa yang mengejutkan isterinya adalah apabila mendapati bahawa madunya ialah nenek berusia 70-an.

Setelah mendapat tahu bahawa penyondol suaminya ialah nenek, si isteri jadi bingung seketika dan tak habis pikir bagaimana suaminya ada selera dengan wanita yang dah berusia seperti itu.

"Saya rasa kecewa setelah mendapat tahu bahawa suami saya curang dan menikah satu lagi. Tapi yang tak habis pikir tu, macam mana suami ada selera dengan nenek tu" luah si isteri




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE