Insiden dipercayai berlaku Klang, Selangor itu dirakam dalam satu video yang tular pada Rabu.
Menerusi klip tersebut, kenderaan berwarna hitam jenis Toyota Camry itu dilihat pada awalnya sedang memotong kereta lain dari lorong kiri jalan terbabit.
Pemandu kemudiannya didapati cuba mencelah ke lorong kanan ketika kebanyakan kenderaan lain terpaksa memperlahankan kelajuan kerana kesesakan di jalan berkenaan.
Namun begitu, tindakan menukar lorong secara melulu itu menyebabkan kenderaan tersebut melanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia yang berada di tengah jalan sebelum terbalik dan terseret sejauh kira-kira 50 meter (m) di lorong paling kanan.
Axia berwarna perak yang terlibat dalam kemalangan tersebut dilihat mengalami kerosakan kecil pada tayar kiri.
Status kecederaan pemandu cuai tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan.
Dalam pada itu, rata-rata warganet mengutuk sikap pemandu kenderaan tersebut yang dilihat memandu secara terburu-buru walaupun jalan ketika itu sesak.
"Camry nak buat stunt failed. Semua salah kereta bawa slow down,"ujar Hsin Cheung secara sinis.
"Aduhai, cilok tak lepas, lepastu menyusahkan orang lain," tulis Ct Asmah.
"Dalam jem macam ni pun nak laju-laju. Memang ada kenduri ke? Takut makanan habis?" kata Arif Akmal.
Kredit Laporan : Majoriti
@liputan7official