"Pelajar yang tidak menuruti kelas pengajian seks akan dikutuk celaka dan tiada jaminan masuk syurga"
Satu berita yang mengemparkan di media sosial hari ini tentang penahanan dua ekor suspek yang merupakan guru di sebuah sekolah pondok Lombok Timur kerana telah merogol 41 pelajar perempuan.
Kedua suspek ini mengadakan satu kelas khusus iaitu 'kelas pengajian seks', pelajar perempuan yang berusia antara 15 ke 16 tahun itu dijanjikan akan masuk syurga selepas melakukan hubungan seks dengan mereka sebagai satu rahmat.
Mana-mana pelajar yang ingkar dan tidak mahu menuruti kelas pengajian seks mereka akan dikutuk sebagai celaka dan tercela.
Kelas pengajian seks yang diumpan oleh kedua guru pondok ini mengajarkan cara-cara melakukan hubungan seks dengan betul.
Kedua-dua suspek telah ditahan di kediaman masing-masing dan berkemungkinan akan dihukum penjara seumur hidup. - Agensi
@liputan7official