Pemandu pikap tidak berhenti di simpang, penunggang motosikal maut.
LIMBANG- Kehilangan Muhammad Haffizul Muhammad Jolhee 27, yang juga kakitangan Jabatan Pertanian Limbang amat dirasai masyarakat di Limbang selepas menemui ajal dalam kemalangan membabitkan pikap di Kilometer 10, Jalan Kubong, Limbang, simpang Jalan Kubong/Mendamit) pada petang Khamis.
Muhammad Haffizul maut di tempat kejadian akibat kemalangan itu dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 3.20 petang.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa dipercayai dari arah Ulu Pandaruan/Kubong menuju ke arah Bandar Limbang, manakala pemandu pikap berusia 48 terbabit daripada arah Bandar Limbang menuju ke arah Mendamit.
Jelasnya ketika tiba di lokasi kejadian yang merupakan simpang tiga jalan, pemandu pikap berusia 48 tahun itu dipercayai tidak berhenti dipersimpangan dan gagal beri laluan kepada mangsa dari arah hadapan sebelum masuk ke simpang sebelah kanan menuju ke arah Mendamit.
“Kejadian itu menyebabkan motosikal yang ditunggang mangsa daripada arah hadapan itu telah hilang kawalan dan merempuh bahagian hadapan pikap terbabit,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.
Akibat daripada kejadian tersebut mangsa katanya di percayai telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu pikap tidak mengalami sebarang kecederaan.
Manakala pemandu pikap berkenaan telah ditahan untuk siasatan dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan.
Kredit: Borneo Network
@liputan7official