SPRM tahan 3 anggota penguatkuasa disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM800 daripada seorang pemandu lori

SPRM tahan 3 anggota penguatkuasa disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM800 daripada seorang pemandu lori

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM800 daripada seorang pemandu lori.

Menurut sumber, pemandu lori berkenaan mendakwa ketiga-tiga suspek lelaki yang menaiki sebuah kenderaan jabatan telah meminta wang rasuah sebagai balasan untuk dilepaskan daripada disaman.

Sumber itu menjelaskan, pemandu lori berkenaan didakwa tidak memiliki lesen membawa barangan ketika ditahan kira-kira jam 8.30 malam pada Selasa.

Kata sumber itu lagi, ketiga-tiga suspek berusia antara 35 sehingga 41 tahun itu dipercayai ditahan oleh pegawai SPRM di sebuah hentian bas di Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 malam Selasa.
Dalam pada itu. Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.





@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE