Tak wajar PM berseloroh tanya nombor telefon pelajar perempuan


Tak wajar PM berseloroh tanya nombor telefon pelajar perempuan - Timbalan Presiden Parti Ikatan Muda Malaysia, Amira Aisya

"Anwar perlu minta maaf secara terbuka tentang perkara ini untuk menunjukkan contoh yang baik kepada para lelaki." katanya



SHAH ALAM - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berseloroh meminta nombor telefon daripada seorang pelajar perempuan dalam sebuah program baru-baru ini disifatkan tidak wajar.


Menurut Timbalan Presiden Parti Ikatan Muda Malaysia, Amira Aisya Abd Aziz berkata, tindakan Anwar itu disifatkan sebagai tidak menghormati kaum wanita.



"Apa yang malangnya, ramai dalam kalangan lelaki dewasa menganggapnya sebagai lawak.


"Anwar perlu minta maaf secara terbuka tentang perkara ini untuk menunjukkan contoh yang baik kepada para lelaki.



"Jika awak tertarik dengan sikapnya, cukup hanya komen tanpa buat komentar sebegitu," katanya dalam satu ciapan di Twitter pada Ahad.


Beliau menambah, kaum wanita tidak pernah menganggap perkara itu sebagai gurauan.



Anwar ketika program Temu Siswa di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Sabtu berseloroh dengan bertanyakan nombor telefon kepada seorang perempuan tingkatan enam sebuah sekolah selepas ditanya beberapa soalan.


Gurauan Ahli Parlimen Tambun itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE