VIDEO - Wanita bertudung, pakai ‘mask’ rentap rantai anak di Jom Heboh


Wanita bertudung, pakai ‘mask’ rentap rantai anak di Jom Heboh

PETALING JAYA – Gara-gara memakai rantai leher emas, seorang kanak-kanak perempuan diragut oleh wanita bertudung coklat dan berpelitup muka ketika berada di Jom Heboh yang bertempat di Dataran Stadium Shah Alam, Selangor.

Video kejadian berkenaan sempat dirakam secara tidak sengaja oleh ibu saudara kanak-kanak terbabit dan video itu juga telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan di TikTok setakat ini.

“Peringatan untuk saya dan orang lain, hati-hati yang pakai gelang atau rantai emas. Sekarang kes seperti ini sudah banyak berlaku dan saya kena ketika di Jom Heboh Shah Alam.

“Anak buah saya pakai baju warna hitam, Mak Cik di belakang potong rantai terus hilang,” tulisnya di ruangan kapsyen video.

Dalam video terbabit, wanita berkenaan disyaki tidak melakukan seorang diri ketika kejadian apabila seorang wanita bertudung ungu disebelahnya seolah-olah memberitahu dia sedang dirakam.

Bagaimanapun, wanita itu sempat memotong dan menarik rantai emas kanak-kanak itu sebelum bertindak bersembunyi di belakang seorang lelaki.

Prihatin dengan kejadian berkenaan, orang ramai turut menasihati supaya tidak memakaikan kanak-kanak barang berharga khususnya emas ketika di tempat yang sesak selain berkongsi pengalaman lebih kurang sama.

“Kasihan adik tu. Dia dah perasan Mak Cik sentuh-sentuh dia, itu yang toleh belakang,” ujar Ira Arissa.

“Weh lajunya buat kerja. Ya Allah kasihan adik tu,” tulis Shikin Ali.

“Tempat macam ni anak-anak jangan pakai barang kemas sebab ada yang memerhati. Pakaikan emas Korea biar kena ‘prank’,” komen lemonwish.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE