52 peratus mahu Anwar terus jadi PM, Hasil kajian Endeavour-MGC (EMGC)

52 peratus mahu Anwar terus jadi PM, Hasil kajian Endeavour-MGC (EMGC) 

SHAH ALAM - Hasil kajian Endeavour-MGC (EMGC) mendapati sebanyak 73 peratus responden di Selangor berpuas hati dengan prestasi keseluruhan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Sementara 26 peratus responden pula menyatakan mereka tidak berpuas hati dan hanya satu peratus tidak pasti.

Anwar juga menjadi pilihan responden untuk kekal sebagai Perdana Menteri berdasarkan tinjauan pendapat 1,068 pengundi di kerusi-kerusi marginal Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor itu.

Menjawab soalan siapa paling sesuai untuk menjadi Perdana Menteri sekarang, seramai 52 peratus responden memilih Ahli Parlimen Tambun itu.

Sejumlah 18 peratus responden pula memilih Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dapatan kajian itu juga merekodkan seramai enam peratus responden memilih bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk kembali menggalas jawatan itu.

Enam peratus responden lagi memilih Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memperoleh tiga peratus.





@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE