Ibu maut selepas ambil anak pulang asrama

Ibu maut selepas ambil anak pulang asrama

“Kereta dipandu telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Alza yang dipandu seorang perempuan berumur 40-an. Kemalangan itu juga menyebabkan pemandu Alza mengalami kecederaan parah dan masih dirawat di HKT. Manakala dua anak si mati selamat dalam kejadian itu, ” katanya

KOTA TINGGI – Seorang ibu maut manakala dua anaknya selamat selepas Proton Exora dipandu bertembung dengan sebuah Perodua Alza di jalan berhampiran simpang Felda Air Tawar 1, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.40 petang itu menyebabkan mangsa, Mariani Omar, 44, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi (HKT) ketika sedang mendapatkan rawatan.

Difahamkan wanita yang berasal dari Felda Tenggaroh 2, Jemaluang, Mersing itu dalam perjalanan selepas mengambil anaknya dari asrama di Bandar Penawar.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mangsa telah mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat dari kesan kemalangan tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di HKT semasa menerima rawatan. Kemalangan dipercayai berlaku ketika wanita tersebut memandu kereta Proton Exora bersama dengan dua orang anak berumur antara 18 dan 15 tahun yang dalam perjalanan dari arah Bandar Penawar menghala ke Kota Tinggi.

“Kereta dipandu telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Alza yang dipandu seorang perempuan berumur 40-an. Kemalangan itu juga menyebabkan pemandu Alza mengalami kecederaan parah dan masih dirawat di HKT. Manakala dua anak si mati selamat dalam kejadian itu, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan polis dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE