PRN Terengganu: Ahmad Said, Ahmad Razif tumbang


PRN Terengganu: Ahmad Said, Ahmad Razif tumbang

KUALA NERUS - Dua bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman tewas kepada pencabar masing-masing pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.


Ahmad yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal tewas kepada Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris dengan majoriti 3,758 undi.

Razali yang merupakan muka baharu mengalahkan Ahmad yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu selepas memperoleh 13, 403 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Ahmad kekal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandang sejak 1990 dengan majoriti 1,265 undi.

Ahmad menerima 9,545 undi menewaskan calon Pas, Hazri Jusoh yang menerima 8,280 undi dan calon Pakatan Harapan, Wan Marzuki Wan Sembok yang memperoleh 1,472 undian.

Sementara itu, Ahmad Razif juga tewas kepada pencabarnya, Khazan Che Mat dengan majoriti 2, 797 undi.

Ahmad Razif yang merupakan penyandang kerusi Seberang Takir sejak 2008 memperoleh 9, 359 undi manakala Khazan mendapat 12,156 undi.





@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE