Ebit Lew saman fitnah Caprice, Mondy
SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memfailkan saman fitnah terhadap penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice dan pempengaruh Indonesia, Mondy Tatto atas tuduhan melakukan gangguan seksual.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ebit menerusi satu hantaran di aplikasi X pada Jumaat.
"Peguam saya, Datuk Akberdin telah memfailkan saman fitnah kepada Caprice dan Mondy di Mahkamah Shah Alam tadi," katanya.
Pada Isnin media melaporkan, Ebit telah membuat laporan polis sebaik sahaja tiba di tanah air selepas pulang dari Jeddah susulan tuduhan yang dilemparkan sangat melampau dan tidak berasas.
Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan peguam untuk menyiasat dan mengambil tindakan selanjutnya.
Dalam masa sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dua kertas siasatan membabitkan Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol dan Seksyen 500 kanun yang sama atas kesalahan fitnah.
Tambahan, tiga belas saksi akan dipanggil dipercayai dapat membantu siasatan.
@liputan7official