VIDEO - Makcik bertekak dengan pekerja katering nak tapau lauk kenduri

Makcik bertekak dengan pekerja katering nak tapau lauk kenduri

“Mereka kan dah bayar, Setakat satu dua bungkus takkan tak boleh?” kata makcik

SIKAP segelintir individu yang suka membungkus atau menapau makanan di majlis kenduri bukan sesuatu yang asing.

Agaknya makanan yang dihidangkan sedap-sedap belaka, maka teringin pula untuk membawa ‘bekal’ pulang ke rumah.

Namun situasi seperti itu kebiasaannya berlaku di penghujung majlis bagi mengelakkan makanan yang masih berbaki dibiarkan membazir atas keizinan tuan rumah.

Bagaimanapun lain pula yang terjadi pada satu majlis kenduri ini apabila seorang wanita begitu berani mahu mengambil makanan untuk dibawa pulang ketika majlis belum bermula

Menerusi satu perkongsian video di media sosial, kelihatan wanita itu berkeras meminta pekerja katering membungkuskan lauk untuknya.

“Masa tengah rakam video lauk pengantin, tiba-tiba dengar kecoh-kecoh pasal ni,” demikian menurut keterangan video berdurasi 44 saat itu.

Individu yang berkongsi video itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi dan bila kejadian berlaku.

Menurut individu tersebut, sesi bertikam lidah itu berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi dan majlis masih belum bermula.


Jelasnya, tuan rumah menggunakan khidmat katering yang tentunya sudah membuat tempahan lauk mengikut jumlah tetamu yang dijemput.

“Dah makan, nak bungkus pula. Dah la kenduri ni guna katering,” katanya.

Malah dakwanya, wanita itu cuba memberikan alasan bahawa tuan rumah telah menanggung segala kos khidmat katering untuk para tetamu.

“Mereka kan dah bayar, tak akan satu bungkus pun tak boleh tapau? Makcik nak dua, tiga jenis lauk je,” kata tetamu berkenaan.


Bagaimanapun, wanita itu tetap mendesak meminta supaya lauk kenduri dapat dibungkuskan untuk dibawa pulang.

Dalam rakaman itu, kelihatan dua pekerja katering bersikap tenang dan memaklumkan untuk berbincang dengan pengurus mereka terlebih dahulu.

“Tak boleh makcik, kalau majlis nak berakhir tu boleh la juga kami nak bungkuskan.

“Kami tak boleh buat sesuka hati. Makcik pun duduk di sini lama, kami boleh tapaukan akhir-akhir nanti. Kalau tak, nanti apa-apa berlaku, kami yang akan kena,” jelas pekerja.

Kalau aku pergi kenduri, jangankan nak tapau... nak makan lebih pun malu.
NETIZEN
Tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan, tetamu wanita itu masih berkeras supaya permintaannya dipenuhi.

“Tak kiralah, beritahu kat pengurus. Makcik nak juga lauk ye,” ujar wanita itu lagi mendesak.

Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada permintaan tetamu wanita untuk dibungkus lauk kenduri dipenuhi atau tidak.

“Nanti kami beritahu pengurus ye, makcik. Tapi sekarang tak boleh. Sebab awal-awal,” jelas pekerja di akhir video.







@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE