5 bebas tuduhan bunuh T Nhaveen

5 bebas tuduhan bunuh T Nhaveen

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini mendapati lima individu, termasuk dua juvana, tidak bersalah atas pembunuhan T Nhaveen pada 2017.

Keputusan itu dibuat Hakim Radzi Hamid, yang melepas dan membebaskan kelima-lima mereka.

S Gopinaath, 30, J Ragesuthan, 22, S Gokulan, 22, dan dua lagi yang masih remaja ketika kesalahan itu berlaku – telah dituduh membunuh Nhaveen, 18, di sebuah taman di Jalan Bunga Raya antara jam 11 malam dan tengah malam pada 9 Jun 2017.

Mereka juga didakwa melakukan serangan terhadap rakan Nahveen, T Previin yang ketika itu berusia 19, berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh di Bukit Gelugor pada malam yang sama.

Nhaveen dilaporkan telah dipukul dan mati beberapa hari selepas disahkan mati otak.

Perbicaraan bermula pada 3 Mei 2021, kira-kira empat tahun selepas kejadian itu, berikutan banyak penangguhan.





@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE