Pengawal keselamatan bank di Kota Damansara terlepas tembakan cetus gempar
SEORANG pengawal keselamatan terlepas tembakan ketika mengendalikan ‘pump gun’ di sebuah institusi kewangan dekat Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian sekitar pukul 10.13 pagi daripada orang awam yang memaklumkan telah terdengar bunyi tembakan.
“Pengawal keselamatan berusia 50-an telah melepaskan satu das tembakan ke arah lantai sehingga menyebabkan cermin pintu masuk pecah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kejadian terbabit tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Ujian saringan air kencing telah dilakukan ke atas pengawal keselamatan itu dan keputusan adalah negatif.
Kes disiasat di bawa Seksyen 39 Akta Senjata 1960.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222.
@liputan7official